Racun nematod

Racun nematod ialah racun kimia yang digunakan untuk membunuh nematod. Kawalan nematod secara kimia bukanlah satu kaedah baru.[1] Penggunaan karbon disulfida untuk mengawal nematod dalam kawasan tanaman gula bit di Jerman telah bermula sejak abad ke-17 lagi. Kawalan dengan menggunakan racun nematod mula mendapat perhatian apabila kaedah lain tidak memberi kesan yang memuaskan. Menurut Taylor (1975)[2], penggunaan bahan-bahan kimia dalam mengawal nematod lebih ekonomis dan berkesan berbanding dengan cara-cara lain.Di Malaysia penggunaan racun nematod tidak banyak seperti racun-racun lain. Petani tidak begitu menyedari akan bahaya ancaman nematod. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit tumbuhan sering dikaitkan dengan agen-agen penyakit yang lain. Penggunaan racun nematod selalunya terhad di rumah-rumah hijau atau tanaman dalam pasu sahaja. Tambahan pula racun nematod agak merbahaya, oleh itu ia tidak sesuai digunakan oleh para petani yang kurang memahami teknik-teknik penggunaannya.